Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....
Hari ni saya nak share resepi 'Kek Lapis Sarawak Holiday Inn' yang sangat SEDAP. Dengan texture kek yang halus ditambah dengan kelemakkan dan wangian butter yang digunakan, juga kelembutan dan kelembapan kek bertambah dengan ada nya jem dalam bancuhan tersebut.
Kaedah untuk bancuhan adunan yang selalu saya praktikkan adalah cara bancuhan yang tidak cerewet.
Jom kita semak RESEPI .....(Nota: untuk loyang 8 x 8)
BAHAN A
100g Gula Halus
200g Jem Nenas
450g Butter
30g Ovalete
300g Susu Pekat Manis
BAHAN B
10 biji Telur Gred A
BAHAN C
270g Tepung Hong Kong
BAHAN D
Mewarna Hijau, kuning dan merah
Cara-Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama sehingga habis
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan saja.
4. Bahagikan kan kpd 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Cara-Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
8. Ulang step 3-7 diatas untuk hijau, kuning, dan Merah kembali sehingga adunan habis.
TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.
* Selamat menjamu selera .....
Resepi Biskut Raya Tanpa Telur
Resepi Biskut Raya Tanpa Telur
Resepi Biskut Gajus Tanpa Telur
Bahan2nya
250gram butter (saya guna golden churn yg sejuk tu, bukan dlm tin)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan gula halus (castor / icing)
1/2 cawan brown sugar - boleh kurangkan kalau tak suka manis
1 cawan gajus - kisar halus
1/2 cawan tepung jagung
2n1/2 cawan tepung gandum
manik / biji gajus utk hiasan
Cara2nya
Gaul rata semua jenis tepung bersama2 kacang gajus ketepikan, dalam mangkuk lain kacau sebati semua jenis gula bersama butter dan esen vanilla hingga lembut dan sebati masukkan tepung gaul dan ramas (bukan uli ek) bila dah sebati, canai ikut ketebalan yg diingini dan terap gunakan acuan pilihan hiaskan ikut suka dan bakar saya gunakan suhu 180 kepanasan atas dan bawah selama 10 - 15 minit ikut oven memasing. dah siap rasanya mmg tak dinafikan sedap giler.
Resepi Biskut Suji
Bahan-bahan
250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus, ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan
Cara Penyediaan
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
6. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.
Resepi Biskut Sarang Semut
Bahan-bahan :
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
Hiasan:
Sedikit coklat rice
secukupnya papercup kecil
Cara membuat:
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan susu tepung yg dah diayak dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup. (Eryne parut gune pemarut yg sederhana tu kat atas pinggan pastu sudukan dlm papercup)
5. Taburkan coklat rice.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi Biskut Semperit
BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu serbuk penaik
100 gm kismis
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.
5. Terapkan di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.
Resepi Biskut Warna-warni Rangup
Bahan-bahan:
3 1/2 cawan tepung jagung } diayak
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit sugar strands } hiasan
Cara membuat:
1. Kacau mentega dan gula halus hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata
3. Masukkan tepung jagung dan diuli
4. Canaikan adunan dan terapkan bentuk yg anda suka
5. Sapukan kuning telur di atasnya
6. Kemudian hiaskan di atasnya dgn gula urai warna warni
7. Bakar di dalam ketuhar hingga masak kemudian sejukkan atas
rak
Bahan-bahan:
230gm keju parut
240gm mentega
240gm tepung berserbuk penaik (tambah jika perlu)
60gm udang kering (digoreng garing dan dikisar halus)
½ sudu teh serbuk lada hitam
Kuning telur sebagai bahan pengilat
Cara memasak:
1. Putar mentega dan masukkan keju. Putar lagi.
2. Selepas itu masukkan tepung berserbuk penaik, udang kering dan serbuk lada hitam. Uli dan jadikan doh lembut.
3. Canai dan terap persegi empat dan kilatkan dengan kuning telur.
4. Atur di atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20 minit hingga kekuningan dan garing.
5. Keluarkan dari ketuhar dan hidang.
Bahan-bahan
1kg tepung gandum
300gm tepung ubi
2 biji telur
1 sudu makan cili boh
5 sudu makan serbuk kari
1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)
Daun kari (dihiris halus, lagi banyak lagi sedap)
Garam secukup rasa
Cara-Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali margerin dan gaulkan hingga sebati. Kemudian masukan margerin tadi dan uli hingga ianya menjadi doh yang lembut.
Cubit doh sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput.
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning
Resepi Biskut Tart Nenas Landak
Bahan bahan
300 gm Tepung Gandum
4 sudu besar Tepung Jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm Butter
2 kuning telor
Cara cara
1.Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.
2.Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.
3.Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
4.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method).
5.Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
6.Masukan sedikit inti, bentuk seperti bentuk nenas , gunting pada permukaan nya seperti sisik ikan
7Atur di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit dengan butter
8.Bakar 180c selama 15-20 minit atau sehingga cantik masaknya
# butter tu dlm suhu biasa saja







No comments:
Post a Comment