Apakah hukumnya wanita memakai wangian ?
Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus :
Apabila mahu keluar rumah, pakai wangian yang tidak kuat baunya (wangian yang tidak dapat dihidu oleh orang ramai).Melainkan apabila dihidu pada tempat yang diletakkan wangian itu baru dapat dihidu baunya.
Wangian yang kuat sehingga orang sekelilingnya dengan hanya lalu sahaja di hadapannya dapat mencium wangian itu, maka hukumnya adalah HARAM.
Apabila dipakai di dalam rumah maka tiada larangan dengan wangian yang kuat baunya. Sekiranya suaminya yang menyuruh, maka wajib si isteri memakai wangian itu.

No comments:
Post a Comment