Friday, 19 July 2013

Biodata Rasulullah SAW


Biodata Rasulullah SAW

muhammad
Membincangkan mengenai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam memang tidak akan ada sudahnya. Tiada suatu pun keburukan dari akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Sehingga Allah SWT menjadikannya sebagai ‘Uswatun Hasanah’ bagi seluruh umat manusia. Dan kita sebagai umat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ada baiknya dan seharusnya kita mengetahui latar belakang Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
.
BIODATA RASULULLAH SAW
Berikut adalah biodata manusia yang paling mulia di muka bumi ini :
Nama
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim.
Tarikh lahir
Subuh hari Isnin, 9 Rabiul Awwal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa
Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim.
Nama ibu
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
Pengasuh pertama
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
.
.
.
PERJALANAN HIDUP RASULULLAH SAW
.
USIA 1 HARI
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dilahirkan dalam keadaan suci bersih, cahaya terpancar dari tubuhnya dan tali pusatnya sudah sedia terpotong serta telah siap berkhitan.
.
USIA 5 BULAN
Pada usia 5 bulan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sudah pandai berjalan dan berlari.
.
USIA 9 BULAN
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada usia 9 bulan sudah mampu berbicara dengan lancar.
.
USIA 2 TAHUN
Ketika usia 2 tahun, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sudah boleh dilepaskan bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing yang saiznya lebih besar daripada tubuhnya. Baginda juga selama beberapa waktu menggembala kambing orang Mekah di kawasan Qararit.
.
USIA 4 TAHUN
Dua malaikat membelah dada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bagi mengambil jantung dan hatinya, kemudian malaikat membukanya untuk mengeluarkan darah kotor dan menyucikan hatinya dengan hikmah dan salju. Peristiwa ini disaksikan oleh anak-anak dari keluarga Sa’d yang berlari pulang sambil berkata kepada ibu-bapanya: “Saudara kami yang dari Quraisy itu telah diambil oleh dua orang laki-laki berbaju putih. Dia dibaringkan, perutnya dibedah, sambil di balik-balikan.”
.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muthalib.
.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muthalib pula meninggal dunia. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
.
USIA 12 TAHUN
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika sedang beristirehat di wilayah Bushra dalam perjalanan untuk berdagang bersama bapa saudaranya, Abu Talib ke Syam (Syria). Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) menceritakan kepada ketua-ketua rombongan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
Pendeta Bahira telah melihat tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad. Beliau menceritakan bahawa kedatangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika itu diiringi dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari. Dia juga sempat berdialog dengan Baginda dan menyaksikan adanya sebuah Khatamun Nubuwah / ’cop kenabian’ (tanda kenabian) di badan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘, jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
.
USIA 40 TAHUN
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
.
USIA 63 TAHUN
Kali ke dua malaikat membelah dada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebelum dibawa Mi’raj ke Sidratul Muntaha.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Isra ke Masjidil Aqsa, Palestine dari Masjidil Haram, Makkah lalu Mi’raj ke Sidratul Muntaha di langit k etujuh dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tarikh 27 Rajab tahun 11 Hijriah.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
.
.
.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah r.a
Saudah binti Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar r.a)
Hafsah binti Umar (anak Saidina Umar bin al-Khattab r.a.)
Ramlah binti Abu Sufian r.a (digelar Ummu Habibah)
Hindun binti Abu Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
Juwairiyah ( Barrah ) binti Harith bin Abu Dhiror
Safiyyah binti Huyay bin Akhtab
Zainab binti Jansyin
Maimunah Binti Harith Al-Hilaliyah
Asma’ binti al-Nu’man al-Kindiyah*
Umrah binti Yazid al-Kilabiyah*
Zainab binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)*
* Ulama berselisih pendapat tentang kesahihan isterinya ini.
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam hanya berkahwin dengan isteri-isteri Baginda 3 tahun setelah kewafatan Siti Khadijah.
.
.
.
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra ‘
.
Rasulullah hanya mempunyai anak dari Siti Khadijah:
    a. Putra
    Al-Qasim
    Abdullah
    Ibrahim
    -Ketiga-tiganya meninggal waktu usia masih kecil.
    .
    b. Putri<
    Zainab menikah dengan Abil Aash ibnu Rabi ‘bin Abdus Syam
    Ruqayah menikah dengan Utbah bin Abi Lahab
    Ummu Kaltsum menikah dengan Utaibah bin Abi Lahab
    Fatimah Az-Zahra menikah dengan sayidina Ali bin Abi Talib ra
    .
    Anak Tiri Rasulullah SAW
    Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda. Anak Saidatina Khadijah bersama bekas suaminya, Hind bin Habbasy bernama;
    Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi.
    .
    .
    .
    SAUDARA SUSUAN RASULULLAH SAW
    Saudara Sesusuan Dari Ibu Susuan, Thuwaibah
    Hamzah
    Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
    Saudara Sesusuan Dari Ibu Susuan, Halimah Al-Saidiyyah
    Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
    Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
    Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
    Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
    .
    .
    .
    BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
    (Anak-Anak Kepada Abdul Muttalib)
    Bapa Saudara
    Al-Harith
    Muqawwam
    Zubair
    Hamzah *
    Al-Abbas *
    Abu Thalib
    Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
    Abdul Kaabah
    Hijl
    Zirar
    Ghaidaq
    Ibu Saudara
    Umaimah
    Atiqah #
    Arwa #
    Umaimah
    Barrah
    Al-Bidha (Ummu Hakim)
    Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *
    * Sempat masuk Islam.
    # Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
    .
    .
    Kasihi Keluarga Rasulullah SAW
    Berdasarkan kepada hadis-hadis, ketahuilah mencintai keluarga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallamadalah wajib dan haram hukumnya membenci mereka sebagaimana sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam: “Sesiapa yang mencintai keluargaku maka wajib bersamaku di dalam syurga dan sesiapa yang membenci keluargaku maka haram baginya mendapatkan syafa’atku nanti di hari kiamat.”
    Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
    “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
    .
    33_21
    Allah SWT berfirman :
    33:21
    “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan/rahmat) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia juga banyak menyebut dan mengingati Allah dalam masa susah dan senang.” (Surah Al-Ahzab; ayat 21)
    .
    .
    والله أعلم بالصواب
    Wallahu A’lam bishowab
    (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sabar Itu Indah


Sabar Itu Indah

Sabar Itu Indah

Puisi Sabar Itu Indah

Dalam memperjuangkan kehidupan, kadang-kadang kita merasakan seperti kita sudah melakukan yang terbaik, sehabis baik. Tetapi nasib masih tidak menyebelahi kita, barangkali. Maka kita menempuhi kegagalan sekali lagi, sekali lagi dan sekali lagi. Walhal telah diletakkan usaha yang berlipat kali ganda,study bagai nak gila, 48 jam tidak tidur, dan sebagainya. Tetapi masih tidak berjaya. Salah siapa agaknya?
Pertama sekali, janganlah kita menyalahkan siapa-siapa atau cuba berkata, “Aku fail subject ni sebab lecturer tu gila!” atau “Program itu dan ini punca aku fail!” dan sebagainya. Biasalah, bila tidak mendapat sesuatu yang kita harapkan, pastinya kita merasa kecewa, sedih, murung dan seribu macam perasaan datang menghujani diri. Tetapi janganlah kita terlalu lama melayan perasaan. Istighfar, ingatlah kepada Allah. Muhasabah diri, perbaiki kelemahan dan janganlah kita pernah berputus asa.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan,sedangkan SABAR itu laksana sinar matahari.” (Riwayat Muslim)
Tidak dapat dinafikan bahawa sabar itu bukanlah perkara yang mudah untuk kita laksanakan atau jalankan. Untuk menjalankan misi ‘menjadi orang sabar’ ini, memang sangat menduga. Kita mudah merasa banyak benar kesulitan dan cabaran dalam bersabar dan kita mudah merasa penat dalam bersabar. Lantaran itulah ramai antara kita apabila sudah mula merasa penat dalam bersabar, kita akan berkata “Aku dah tak boleh nak sabar lagi dah!” atau “Aku dah penat bersabar dengan itu/ini!” dan sebagainya.
Sabar itu bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan emosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah. (Sumber: Solusi. Isu; 31).
Maka benarlah apabila memperoleh keputusan peperiksaan atau ‘exam result’ yang mengecewakan, andai kita tidak bersabar, kita mudah resah gelisah lebih teruk lagi apabila merasa seperti ‘emosi memanjang’. Yang lelaki pun boleh jadi ‘datang bulan’ dek dugaan begini. Yang perempuan bermuram durja, terperap di dalam bilik semata. Kecewa bukan kepalang. Silap hari bulan jika ada yang banyak bertanya boleh jadi terus dimaki. Wrong timing katanya.
Itulah cabarannya dalam mendidik diri untuk bersabar. Kalau tidak bersabar, mungkin kita akan gagal menahan lisan kita daripada mengeluh. Lantas mulalah berkata, “Allah ni tak adillah bagi aku keputusan macam ni..” dan sebagainya. Lebih buruk jika ada yang terfikir untuk melakukan perkara-perkara ‘pelik’ seperti bunuh diri. Nauzubillah. Setakat ini di Malaysia wujud juga kes bunuh diri kerana keputusan peperiksaan yang mengecewakan. Moga Allah menjauhkan diri kita daripada semua itu.
Mengapa sabar itu diibaratkan seperti ‘sinar matahari’? Kita semua tahu fitrah matahari, kan? Matahari itu panas betul kan? Tatkala siang menjelang, berpeluh-peluh kita mengharungi teriknya panas mentari. Tetapi tidak boleh tidak, kita tetap memerlukannya sebagai sumber cahaya, jika tidak gelap gelitalah dunia kita. Kita perlukan matahari untuk hidup, untuk tanam-tanaman kita hidup, untuk haiwan ternakan kita hidup dan sebagainya. Maka sebab itulah sabar itu diibaratkan seperti sinar matahari, walaupun bersusah payah terpaksa menghadapi teriknya ia, tetapi kita tetap perlukannya. Kan?
Selain daripada itu, matahari sentiasa memancarkan cahayanya bagi menyuluh kehidupan seharian kita. Sungguhpun ianya bersifat panas, namun ia masih bersifat membantu kepada kehidupan kita. Begitu juga dengan kesabaran. Sungguhpun ia benar-benar mencabar untuk kita namun sekiranya diuruskan dengan bijaksana, maka khasiatnya mampu memberi cahaya kepada kehidupan kita jua.
Apa yang pasti, bersangka baiklah kerana semua dugaan yang Allah berikan pastinya terselit hikmah di sebaliknya. Cuma mungkin di atas kelemahan kita sebagai manusia yang mudah alpa dan mudah mengeluh, pada kebanyakan waktu kita tidak mampu untuk lihat tentang apakah hikmahnya.
Akan tetapi, berilah diri kita masa. Lama kelamaan apabila kita semakin tenang, jiwa tidak lagi berombak resah, selepas satu persatu nikmat yang Allah turunkan untuk kita, maka  barulah kita akan terlihat akan hikmah demi hikmahNya.
Teringat saya pada usikan Ustaz Ridhauddin tempoh hari, “Perkara paling nikmat adalah dengan bersabar”.
Benar, memang benar. Sabar itu nikmat. Sabar itu indah. Maka, marilah berusaha mendidik diri kita untuk bersabar dan terus bersabar. Kerana sabar itu adalah separuh daripada iman dan iman itu membawa kita ke Syurga. Syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai yang jernih. Tidak mahukah kita merasainya?
Wallahualam

50 Kemusykilan Tentang Puasa Ramadhan


50 Kemusykilan Tentang Puasa Ramadhan

Untitled
Sempena bulan Ramadhan al-mubarak yang bakal tiba, elok rasanya, kita menambahkan ilmu tentang ibadah puasa. Semoga artikel ini memberi menafaat kepada pembaca dan mudah-mudahan, ibadah kita akan diterima Allah.. Di bawah ini ada 50 persoalan yang sering kali menjadi kemusykilan mengenai ibadat puasa.
1. Bolehkah seseorang itu berniat puasa selama sebulan kerana takut terlupa?
Pada hari pertama, boleh berniat puasa sebulan, boleh juga berniat setiap malam untuk menguatkan azam, untuk menempuh cabaran berpuasa.
2. Adakah boleh tidak bersahur disebabkan malas untuk bangun bersahur?
Yang membezakan puasa kita dengan puasa bangsa Yahudi ialan makan sahur. Seeloknya bangun sejam sebelum masuk waktu imsak. Lagi lewat kita bersahur lebih berkat.
3. Benarkah berdosa wanita yang tidak berpuasa kerana haid, makan diwaktu siang kerana tidak menghormati bulan Ramadan?
Tidak berdosa dan boleh makan pada waktu siang selagi wanita tersebut tidak makan dikhalayak ramai.
4. Apakah hukumnya seorang suami menjimak isterinya pada siang hari dalam bulan Ramadan dan apakah hukumnya?
Hukum bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadan haram dan di kenakan kaffarah (Kaffarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja) seperti berikut:-
Memerdeka seorang hamba(sudah tiada)
Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah,
Menberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi.
Wajib qadha puasa yang terbatal kerana bersetubuh tersebut.
5. Bolehkah seorang wanita mengandung dan menyusukan anaknya tidak berpuasa kerana tidak berupaya?
Menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.
6. Adakah batal puasa bagi wanita yang bersolek di bulan Ramadan?
Tidak batal, asalkan gincu bibir yang dipakainya sederhana dan tidak mempunyai perasa ditakuti ketika menjilatnya lalu menelannya di anggap batal.
7. Adakah sah puasa sekiranya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?
Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa. Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari(selepas masuk waktu zohor)
8. Adakah terbatal puasa jika bermimpi jimak dan keluar air mani?
Bermimpi berjimak dan keluar air mani dalam berpuasa tidak membatalkan puasa kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan.
9. Adakah muntah tidak membatalkan puasa?
Melakukan dengan sengaja membatalkan puasa. Sekiranya muntah tanpa kerelaannya sendiri dan tidak dapat menahannya, maka tidaklah batal puasa.
10. Benarkah tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan itu dikira sebagai ibadah? Jika benar tidur yang bagaimana?
Tidur di siang hari pada bulan Ramadan itu ibadah dan dapat pahala. Tidur yang dimaksudkan itu ialah tidur kerana keletihan berpuasa. Ini bererti semua pancainderanya tidak melakukan sebarang kegitan yang dilarang oleh syarak.
11. Adakah batal puasa sekiranya terlalu lama mandi dan berkumur?
Mandi berlebihan batal puasa, tetapi memasukkan sedikit air kerana berkumur tidak batal puasanya, kecuali berkumur terlalu dalam secara berlebihan.
12. Adakah batal puasa sekiranya melakukan aktiviti renang?
Melakukan aktiviti renang dengan niat untuk menyejukkan badan adalah makruh. Tetapi apabila air tersebut masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan sebagainya, maka hukum puasanya adalah terbatal dengan sebab melakukan aktiviti renang dengan sengaja.
13. Adakah sah puasa bagi seseorang yang pitam?
Sah puasanya, kecuali pitam yang berpanjangan dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.
14. Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan semasa berpuasa?
Hukumnya makruh.
15. Adakah melakukan pengubatan, misalnya suntikan ke tubuh badan dibolehkan?
Jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurat dan tidak membatalkan puasa.
16. Jika seseorang menunaikan puasa Ramadan tiba-tiba dia tidak dapat menahan rasa haus kerana cuaca teramat panas, bolehkan meminum sedikit air sekadar untuk membasahkan tekaknya?
Sekiranya orang yang berpuasa meminum air walaupun setitik atau seteguk, batal puasanya dan wajib baginya mengqadha puasanya itu.
17. Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami pada malam hari pada bulan Ramadan?
Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani.
18. Adakah sah puasa seseorang, ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkumandang?
Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.
19. Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.
20. Apabila kita berpuasa dibulan ramadhan, dan melakukan onani, apakah kita perlu membayar fidyah/puasa berturut-turut seperti org yang melakukan persetubuhan. atau puasa tadi hanya perlu diganti satu hari sahaja.
Puasa wajib digantikan semula dengan berpuasa sebanyak mana hari yang ditinggalkan tersebut sahaja.
21. Batalkah puasa jika menggunakan ubat utk mata seperti EYE More semasa berpuasa?
Pesakit mata yang menggunakan ubat untuk mata seperti eye more dengan cara menitikkannya ke dalam mata semasa berpuasa, tidak batal puasa kerana ia bukan termasuk kategori anggota yang berongga.
22. Ada satu hadis mengenai jika kita berpuasa tanpa makan sahur adalah puasa kita menyerupai puasa orang yahudi, jadi adakah amalan puasa itu sia-sia dan tidak diterima Allah swt.
Bersahur adalah sunat dan merupakan sunnah nabi s.a.w. Jika kita tidak bersahur kita tidak dapat pahala sahur. Puasa yang dikerjakan tanpa bersahur akan diberi ganjaran oleh Allah juga.
23. Adakah sah bila kita niat puasa ganti wajib dengan niat bahasa melayu sahaja?
Sah puasa dengan hanya niat dalam bahasa Melayu sahaja.
24. Apakah perbezaan puasa antara kanak-kanak dan orang dewasa?
Kanak-kanak yang berpuasa akan diberikan ganjaran pahala manakala puasa bagi orang dewasa adalah satu kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah SWT
25. Saya mempunyai penyakit ‘asma’ dan terpaksa menggunakan ‘inhaler’ untuk membantu pernafasan ketika diserang asma. Jika saya sedang berpuasa, adakah puasa saya sah?
Pesakit asma yang menggunakan inhaler untuk membantu pernafasan ketika diserang asma semasa sedang berpuasa adalah tidak terbatal puasanya. Mengikut pandangan ulama’ zaman ini, inhaler tidak membatalkan puasa lebih-lebih lagi mereka yang menghidapi athma kronik yang memerlukannya setiap saat dan ketika. Keharusan itu bukan bermaksud wajib atau sunat tetapi sebagai rukhsah (kelonggaran) atas keperluan dan dharurat seseorang pesakit yang membolehkan pesakit athma terus berpuasa tanpa berbuka dan menyukarkannya untuk melakukan puasa berterusan di dalam bulan Ramadhan.Walau bagaimanapun seseorang yang jarang diserang athma dan tidakbergantung dengan inhaler, tiba-tiba athma menyerang ketika berpuasa, mereka juga diberi rukhsah (kelonggaran) dengan alasan sakit untuk berbuka dengan tujuan makan ubat dan sebagainya dan menggantikannya (qadha’) di hari yang lain pula.
26. Seseorang yang berpuasa, kentut atau qada hajat didalam air, Adakah batal puasanya?.
Seseorang yang berpuasa, kentut atau qadha’ hajat di dalam air puasa tidak batal sekiranya dia meyakini bahawa air tidak memasuki dubur dan qubulnya.
27. Saya di beritahu oleh seorang rakan yang waktu imsak hanya lah sebagai “amaran” yang waktu subuh akan tiba. Dia juga mengatakan yang kita masih boleh makan atau minum sebelum azan subuh bermula walaupun melewati waktu imsak. Dia juga memberitahu bahawa ada hadis yang menyatakan tentang perkara ini.
Waktu puasa yang sebenarnya ialah waktu naik fajar subuh hingga terbenam matahari atau hingga masuknya waktu maghrib. Harus bagi seseorang bersahur pada waktu imsak, tetapi sebaik-baiknya mengambil sikap ihtiyat (cermat) dengan menahan daripada makan dan minum beberapa waktu yang lebih awal untuk mengelakkan melampaui batas-batas yang diharuskan dan meragukan.
28. Suami saya langsung tidak mengerjakan solat wajib lima waktu apatah lagi solat sunat. Jauh sekali solat Jumaat. Apakah puasanya diterima?
Puasa adalah puasa, solat adalah solat kedua-duanya wajib disempurnakan secara bersama. Malahan semua Rukun Islam yang terdiri daripada sembahyang, puasa, zakat dan haji dikehendaki ditunaikan semuanya dengan sempurna.Sesiapa meninggalkan salah satunya tanpa uzur ia dianggap meninggalkan Rukun Islam.
Berpandukan pendapat ini orang yang berpuasa tetapi meninggalkan solat tanpa uzur yang munasabah dianggap lemah iman dan dibimbangi keimanannya. Jika ia berpuasa lengkap syarat dan rukunnya puasanya tetap sah sakalipun berdegil dengan solat terpulanglah kepada Allah SWT untuk mempertimbangkannya.
29. Benarkah pap smear tidak membatalkan puasa?
Batal puasa apabila memasukan sesuatu dalam rongga terbuka seperti kemaluan depan dan belakang.
30. Saya selalu selsema, selain menghembus saya juga tarik ke dalam, batalkah puasa saya?
Hingus yang keluar dari rongga hidung apabila disedut semula ke dalam hidung batal puasanya
31. Adakah boleh ambil darah semasa berpuasa?
Boleh ambil darah semasa berpuasa dan tidak membatalkan puasa hukumnya adalah makruh.
32. Apakah rongga terbuka yang boleh menyebabkan terbatal puasa seseorang jika dimasukkan sesuatu?
Yang dimaksudkan dengan rongga terbuka ialah hidung, mulut, telinga dan qubul dan dubur apabila dimasukkan sesuatu ke dalam rongga tesebut yang menyebabkan terbatal puasa.
33. Ketika kedua-dua suami isteri sedang berpuasa di bulan ramadan, suami menyuruh isteri memegang alat sulitnya tetapi tidaklah sehingga mengeluarkan air mani. Apakah status puasa kedua-duanya? perlukah membayar denda dsb?
Puasa bagi kedua-dua suami isteri sah dan tidak dikenakan apa-apa bayaran denda. Tuan puan dinasihatkan supaya tidak melakukan perkara tersebut di siang hari pada bulan puasa kerana ia boleh mengurangkan pahala puasa.
34. Suami-isteri bercium pada hari berpuasa,adakah puasanya terbatal?
Suami isteri boleh bercium di pipi sahaja dan tidak batal puasa yang kita kerjakan.Tetapi sekiranya memasukkan lidah ke dalam mulut batal puasa yang dikerjakan.
35. Huraian berkenaan puasa dan rawatan pergigian (tampalan, cabutan, scaling dsb)?
Menampal, mencabut dan scaling gigi di siang hari Ramadhan adalah makruh hukumnya, tetapi boleh membatalkan puasa sekiranya tertelan darah dan bahan rawatan bersama air liur.
36. Sah atau tidak puasa seorang wanita yang tidak mandi hadas setelah habis haid pada malam sebelumnya?
Sah puasa bagi wanita yang telah kering haid pada malam hari tetapi belum mandi hadas sehingga siang hari Ramadhan.
37. Adakah batal jika kita mengorek hidung/telinga pada siang hari pada bulan ramadhan dengan sengaja?
Batal puasa yang dikerjakan bagi mereka yang megorek hidung atau telinga hingga ke dalam rongga.Tetapi mengorek di tepi hingga tidak sampai ke dalam rongga tidak membatalkan puasa.
38. Saya tak terbangun makan sahur dan niat puasa selepas waktu imsak adakah sah atau tidak ?
Sah puasa yang dikerjakan walaupun berniat selepas waktu imsak.
39. Apakah hukumnya makan pil perancang untuk melewatkan darah haid turun untuk meneruskan puasa di bulan puasa?
Dilarang kepada wanita memakan pil perancang dengan tujuan berkenaan kerana ia akan memberi kemudharatan kepada kesihatan inspanidu tersebut.
40. Saya membuat rawatan Hemodialisis. Adakah batal puasa saya?
Puasa pesakit tidak batal walau pun dia menerima rawatan hemodialisis/cuci darah.
41. Saya ingin tahu, adakah batal puasa jika menelan kahak yang sedia ada didalam tekak?
Kahak yang terdapat di dalam tekak jika tertelan tidak batal tetapi sekiranya kahak itu sudah berada di mulut sekiranya ditelan dengan sengaja maka batal puasa tersebut dan wajib qadha’ puasa.
42. Batal kah puasa kita, jika kita memasukkan jari kedalam kemaluan belakang kita dengan niat ingin membersihkan dubur kita setelah membuang air besar?
Sekiranya perkara tersebut dilakukan semata-mata untuk membersihkan najis ia tidaklah membatalkan puasa.
43. Apa hukumnya bila seseorang itu memakai ‘tindik lidah’ dan ingin menjalani ibadah puasa. Adakah puasanya sah?
Islam adalah agama yang menitik beratkan akhlak dan budi pekerti. Meniru cara hidup atau budaya orang bukan Islam, tidak digalakkan. Justeru itu, panel menasihatkan supaya sesiapa yang memakai subang di lidah, hendaklah dibuka semasa berpuasa.
44. Apakah hukum puasa bagi mereka yang tidur sampai ke petang atau masuk waktu zuhur?
Sah puasa tersebut tetapi dihukumkan makruh.
45. Bagaimana sekiranya sahabat saya dalam keadaan sakit. Atas nasihat doktor, beliau tidak boleh berpuasa seumur hidupnya. Bagaimanakah beliau hendak menggantikan puasanya. Cukupkah dengan sekadar fidyiah. Dan berapakah sukatannya?
Cukup sekadar dia membayar fidyah untuk puasanya sehari bersamaan dengan satu cupak beras(675gram). Jadi, untuk bulan ramadhan, dia dikehendaki membayar 30 cupak beras
46. Adakah sepasang suami isteri dikira sebagai bersetubuh apabila perhubungan tidak sampai ke tahap jimak iaitu zakar dimasukkan ke dalam faraj ketika siang hari pada bulan puasa? Sebagai contoh, perhubungan yang hanya melibatkan pelukan atau ciuman sesama suami isteri.
Perhubungan yang melibatkan pelukan dan ciuman sesama isteri diwaktu siang hari pada bulan ramadhan adalah makruh.
47. Saya bekerja di stesen minyak, pada bulan puasa in kami membuka stesen mini mart stesen minyak kami dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa. apakah hukum kepada perkara tersebut?.
Mengenai hukum membuka mini mart dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa adalah haram hukumnya. Dihukumkan haram adalah kerana orang Islam diharamkan mengambil/memakan sebarang makanan dan minuman pada siang hari pada bulan ramadhan. Oleh yang demikian, menjual makanan kepada mereka yang diharamkan makan juga turut dihukumkan haram. Wallahu ‘alam.
48. Jika seseorang berpuasa tetapi masih berpegangan tangan, berpeluk walhal masih belum berkahwin adakah puasanya terbatal?
Perbuatan berpegangan tangan berpelukan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah berdosa. Perbuatan tersebut boleh membawa kepada maksiat yang lebih besar iaitu zina. Jika mereka keluar mani hasil daripada perbuatan tersebut (berpegangan tangan dan berpeluk), maka puasa mereka batal dan mereka wajib menggantikan puasa yang batal itu.
49. Batalkah puasa iaitu, “Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu”. Adakah seperti kita berniat puasa juga cuma bezanya ia adalah untuk membatalkannya? Atau adakah dengan lintasan dalam hati sahaja sudah cukup membuatkan puasa saya terbatal.?
Berniat untuk berbuka/membatalkan puasa tidak menyebabkan puasa seseorang itu terbatal. Puasanya akan terbatal sekiranya dia mengambil makanan ataupun melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.
50. Adakah dibolehkan melambatkan berbuka puasa?
Adalah baik sekiranya menyegerakan berbuka puasa dengan air manis dan sebiji kurma sebelum menunaikan solat Magrib.
_____________________________________
Sumber: JAKIM, Ustaz Cyber

Kelebihan Bersahur & Waktu Sahur Yang Dianjurkan Oleh Nabi


Kelebihan Bersahur & Waktu Sahur Yang Dianjurkan Oleh Nabi

Untitled
    Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.

    عن ‏ ‏زيد بن ثابت ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏ ‏تسحرنا مع رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ثم قمنا إلى الصلاة قلت كم كان قدر ما بينهما قال خمسين آية

    Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat .
    Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat besar manfaatnya.
    1) Manfaat untuk diri sendiri. Mendapat tenaga untuk berpuasa.
    2) Mendapat pahala dengan percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah Nabi s.a.w.
    Jadi rugilah mereka yang meninggalkan sahur.Ia juga salah satu amalan Nabi s.a.w.Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. Dan waktu sahur ialah waktu yang penuh keberkatan. Puasa akan menjadi mudah. Tidak terlewat lagi bagi mereka yang berniat untuk bersahur.
    Pengajaran Hadis:
    I) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
    II) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
    III) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.
    IV) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.
    V) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan
    makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.
    P/s : Rajin2kanlah diri untuk bangun sahur, dan lewat2kanlah bersahur. Janganlah amalkan bersahur di malam hari dengan alasan susah bangun awal pagi untuk bersahur, kerana ianya tidak akan memberi kebaikan sarapan pagi sepertimana dinyatakan dalam kajian di atas, dan juga tidak mengikut sunnah. Dan jangan pula segera menyudahkan sahur terlalu awal sehingga jaraknya dengan waktu Subuh juga agak jauh jaraknya…
    Wallahu’alam… Wassalam…

Tanda Terkena Santau Dan Cara Mengelakkan Santau


Tanda Terkena Santau Dan Cara Mengelakkan Santau

Tanda Terkena Santau
Tanda Terkena Santau dan Cara Mengelakkan Santau | Walaupun sekarang kita duduk di zaman moden dan teknologi, tapi budaya santau dalam kehidupan harian tetap ada.Selalunya berpunca dari perasaaan cemburu,iri hati,perasaan dendam terhadap seseorang lalu dihantarnya santau.
Sebelum itu penulis ingin kongsikan artikel Petanda Seseorang Mempunyai Saka, anda baca dan nilaikan sendiri semoga membantu anda.

Tanda Terkena Santau Dan Cara Mengelakkan Santau

Santau terbahagi kepada dua:
Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah dirawat.
Jenis Kedua – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.
Secara umumnya, santau ditujukan kepada mangsa bertujuan seperti berikut:
  • 1.
    Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.
  • 2.
    Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
  • 3.
    Ingin menguji tahap kekuatan atau ketahanan kebatinan seseorang.
  • 4.
    Sebagai medan menguji tahap kekuatan dan kesan santau yang dimiliki.
  • 5.
    Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluargannya.
  • 6.
    Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang.
  • Bahan-Bahan Santau

    Terkena Santau
    • Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
    • Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
    • Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.
    • Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.

    Tanda-Tanda Terkena Santau

    Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
    • Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
    • Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
    • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
    • Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
    • Lenguh seluruh anggota badan.
    • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
    • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
    • Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
    • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
    • Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
    • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
    • Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
    • Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
    • Sentiasa sakit pada tulang belakang
    • Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)

    Kesan-Kesan Santau

    Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
    Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
    • Hilang daya ingatan
    • Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah.
    • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran.
    • Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
    • Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.
    • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.
    • Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.
    • Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.

    Panduan Mengesan Kehadiran Santau

    Apabila orang yang terkena santau angin, makan limau nipis atau nenas bersama kicap dan mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan dan pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam.
    Panduan untuk kita mengesan kehadiran santau bila kita makan di kedai makan ataupun di restoran daripada Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Bin Rozali:
    Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.
    Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau

    Ayat Pelindung Diri Dari Santau

    Ayat Pelindung Diri dari Santau
    Ayat di atas ini adalah amalan bagi mengelakkan dari terkena santau ataupun bagi pendinding diri dari segala mudharat. Hadith nabi “Sesiapa yang membacanya ketika pagi sebanyak 3 kali dan petang sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu pun”. Segalanya dengan izin Allah SWT. Seeloknya ayat ini diamalkan sekurang-kurangnya sebanyak 3 atau 7 kali sebelum keluar daripada rumah setiap hari
    Antara ayat-ayat lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan santau boleh ke website Darussyifa yang diasaskan oleh Dato` Dr. Haron Din
    Semoga ilmu ni bermanfaat untuk semua.