Rendang Hitam Daging


RENDANG HITAM DAGING
Sumber; FP Madihaa
Bahan2
500g daging
20 tangkai cili kering *dikisar
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai di tindik
4 sudu besar kicap pekat - kicap pekat tak ada ganti 6 sb kicap cair + 1 sb sos tiram
sedikit minyak untuk menumis
1 tsb cuka
2 s/b kerisik
sedikit garam dan gula.
daun pandan untuk wangi ( jika suka )
Bahan tumis:
4 ulas bawang kecil di hiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara Penyediaannya
Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. Panaskan minyak serta tumis bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili,masukan daging yang telah di potong kecil dan serai.
Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera.
Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan.
nota;
oleh kerana mama hanya ada stok serai yg dikeringkan, jadi serai tersebut direndam dan blender sekali dgn bahan yg dikisar.Masak lagi lama lagi sedap dan pekat... daging akan lebih gelap.

Kalau guna serai fresh dan letak pandan lagi sedap mcm pernah buat masa dp FP dulu .
No comments:
Post a Comment