Persediaan Berpusa Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi
Persediaan Berpusa Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi. Ramadhan Al Mubarak menjelang tiba, Nikmat Ibadah Puasa sangat dinanti, bulan mulia untuk umat Islam menguji ketabahan diri, kekuatan fizikal dan mental. Berjuang melawan nafsu disamping rahmat pahala berganda serta memohon keampunan dari yang maha Esa. Setiap kali Ramadhan menjelma, kita sentiasa mengharapkan ia yang terbaik untuk kita.Demi memenuhi hasrat Ibadah Puasa kali ini adalah yang terbaik, beberapa Persediaan Berpusa Ramadhan perlu dirancang terlebih dahulu. Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi. In Sya Allah

Persediaan Ilmu Agama Ibadah Puasa
Bila tiba Bulan Puasa Ramadhan, ramai antara kita yang berpuasa tanpa penghayatan ilmu di dada. Dikhuatiri ibadah yang diharapkan mendapat ganjaran pahala sebaliknya tidak diterima malah mendapat dosa. Menjelang Ramadhan, kita diharpkan meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan caramembaca buku agama, menghadiri kuliah agama atau melayari laman ilmu yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia di Internet. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan Ibadah Puasa seperti Rukun dan Syarat Sah Puasa, Perkara yang Membatalkan Puasa serta Akhlak dan Adab Berpuasa. Penghayatan ilmu mengenai Puasa di Bulan Ramadhan sangat penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa dan Persediaan Berpusa Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi.
Penjagaan Kesihatan Menghadapi Bulan Ramadhan
Ibadah puasa melibatkan kesihatan tubuh badan dan juga mental. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan fizikal anggota badan diperlukan kerana pada bulan puasalah tubuh badan dikerah bekerja kuat melaksanakan Solat Sunat Tarawih, Qiamullail, Membaca Al-Quran, Iktikaf dan sebagainya. Penjagaan Kesihatan di Bulan Ramadhan ini termasuklah menjaga pemakanan seimbang, riadah dan menjauhkan diri dari perkara yang mendatangkan penyakit seperti Tabiat Merokok di bulan Ramadhan.
Pengurusan Budget Kewangan Bulan Ramadhan
Di antara amalan yang paling mulia di bulan Ramadhan ialah bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling dermawan dan suka bersedekah dan baginda lebih kerap Bersedekah dalam bulan Ramadhan. Seperti yang diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a
Rasulullah saw ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.— HR. Bukhari
Mereka yang tidak bersedekah adalah sangat rugi, kerana tidak memanfaatkan peluang memperbanyakkan Sedekah di Bulan Ramadhan. Sebagai persediaan, kita disarankan agar mula berjinak-jinak dengan amalan bersedekah. Mungkin ia boleh dimulakan dengan jumlah yang kecil atau menderma di tabung-tabung masjid dan surau. Mudah-mudahan lama kelamaan sifat kedekut dan bakhil beransur-ansur hilang secara.
Bagi mendapat kelebihan bulan Ramadhan, kita juga harus tangguhkan sedekah pada bulan-bulan lain semata-mata untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan dengan syarat ia bukanlah sedekah yang dihajati seperti orang fakir miskin yang memerlukan dan orang dalam keadaan susah dan berhutang.
Penghayatan Ramadhan Al Mubarak
Menghayati Bulan Ramadhan Al Mubarak dengan memperbanyakkan menyebut kelebihan dan kemuliaan amalan berpuasa di bulan Ramadhan. Di antara persiapan lain yang perlu ada ialah memperbanyakkan bercerita tentang Kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita untuk membuat persediaan bertemu Ramadhan. Seperti sesuatu majlis akan menjadi lebih meriah dan suasananya jika berita mengenainya diwar-warkan lebih awal. Kesannya seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia pasti merasa tidak sabar, ternanti-nanti dan teruja denganNikmat Ramadhan. Ucapan Selamat Berpuasa dari Hootoh Blog untuk semua rakan-rakan Blogger Muslim. Semoga Entri Persediaan Berpusa Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi ini bermanfaat untuk semua, In Sya Allah.
No comments:
Post a Comment