Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan dan bulan yang penuh barakah. Dibukakan pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka. Alangkah ruginya andai kita tidak berusaha melipatgandakan usaha ke arah pembaikan diri pada bulan ini.
1. Yang tidak menjaga solat fardu, andai anda mampu bersolat tarawih di masjid setiap malam Ramadhan; maka kenapa tidak mampu konsisten ke masjid untuk solat2 fardu selepas Ramadhan?
2. Yang merokok; jika pada siang hari Ramadhan amat mudah meninggalkan rokok, kenapa sebelah malam dan selepas Ramadhan tak boleh tinggalkan terus?
3. Yang tak pernah menutup aurat; jika anda ke masjid bertarawih cukup sopan menutup aurat, maka kenapa tidak berterusan begitu setiap ketika?
4. Yang suka melihat imej dan video lucah; jika anda dapat menjaga pandangan kerana takut pahala puasa "rongak" pada siang hari Ramadhan, maka kenapa tidak mampu menjaga mata setiap masa?
5. Yang suka mengumpat; jika anda takut hendak mengorek lubang hidung kerana kononnya takut terbatal puasa, maka kenapa tidak takut kehilangan segala pahala akibat "mengorek" rahsia dan aib orang lain sepanjang masa?
No comments:
Post a Comment